Translate

Khamis, 7 Mac 2013

Hepatitis B

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hepatitis B
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10 B16.,
B18.0-B18.1
ICD-9 070.2-070.3
OMIM 610424
P. Data Penyakit 5765
MedlinePlus 000279
eMedicine med/992 ped/978
MeSH D006509
Hepatitis B virus
Micrograph showing hepatitis B virions
Pengelasan virus
Kumpulan: Group VII (dsDNA-RT)
Keluarga: Hepadnaviridae
Genus: Orthohepadnavirus
Spesies: Hepatitis B virus

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.
Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), ahli dalam keluarga virus Hepadna[1] dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika.[2] Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia.[3] Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virusini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.

Isi kandungan

Bagaimana Hepatitis B merebak?

Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.
Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara;
  • Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
  • Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
  • Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.

Tanda-tanda jangkitan

Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada asap rokok.
Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:
  • mangsa kelihatan kekuningan
  • kencing gelap
  • najis keputihan
  • hati membengkak

Jenis ujian yang boleh dilakukan

  • Ujian darah : HBsAg, HBeAg,HBsAb
  • Ujian lain-lain : Ujian fungsi hati, ujian najis dan uri dan lain-lain

Rawatannya

Masih kontroversi dari segi keberkesanannya. Namun beberapa pilihan seperti:
  1. Steroid : (prednisolone)
  2. Azathioprine
  3. Interferon

Langkah pencegahan

Secara pasif

  1. Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
  2. Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
  3. Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan

Secara aktif

Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah
  1. 3 kali suntikan, selamat secara umumnya
  2. dapatkan booster selepas 5 tahun

Ahad, 3 Mac 2013

Adz-Dzikr dalam ayat ini mencakup Al-Qur’an dan bila diteliti dengan cermat, mencakup pula As-Sunnah.

[[ BACA SETERUSNYA ]]

koleksi hadis nabi

Koleksi Hadis Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam

SEDANG DALAM PEMBAHARUAN
***************
***************
Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang Maha Agung yang telah mengurniakan nikmat Islam dan manisnya keimanan dengan ilmu yang telah diwarisi dari utusan-Nya, Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam dan diajarkan serta disampaikan pula oleh pengikut yang mengikutinya dari ahlul bait, kalangan sahabat (r.a) dan para ulama terdahulu hingga zaman sekarang.
Semoga hati yang telah diberi petunjuk ini tidak dicondongkan kepada kesesatan. Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah yang Maha Agung dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah dan hamba yang dikasihi-Nya.
BLOG INI DALAM USAHA PENYIAPAN BERTERUSAN, PULUHAN RIBU HADIS DIPILIH SATU PERSATU DARI PELBAGAI KITAB UNTUK MEMASTIKAN TIADA HADIS YANG BERULANG KECUALI ULANGAN DARI KITAB YANG LAIN
Semua hadis yang dimasukkan di sini adalah hadis sahih KECUALI saya letakkan di belakang hadis tersebut statusnya.
TUJUAN UTAMA blog ini adalah untuk menyampai dan menyebarkan hadis dan seterusnya diamalkan, terutama di zaman fitnah yang berleluasa ini. Sesuai dengan sabda Nabi salallahu ‘alaihi wasallam (saw),
Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” (0040) Sahih Ibnu Majah
Di dalam blog ini juga diletakkan beberapa klip video, gambar, imej satelit supaya lebih terkesan di hati dan seolah-seolah kita hadir pada masa itu dan mudah pula kita mengingati sesuatu hadis itu.
[[ PERINGATAN ]]
SILA RUJUK KEPADA PARA AHLI ILMU JIKA TERDAPAT SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU KEKELIRUAN
Anda BEBAS mengambil apa-apa hadis dan artikel dalam blog ini dan jika tidak keberatan sila letak ‘link’ blog ini (www.KoleksiHadisNabi.blogspot.com) di mana saja anda menggunakan hadis dalam blog ini dalam usaha penyebaran hadis bersama (bukan tujuan keuntungan).
Surah Asy-Syuura [42] : 23
23. ....Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.
Semoga Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang memberkati dan merahmati kita semua dan menyatukan umat Islam berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Dari Ibnu Umar : Rasulullah saw bersabda,Hendaklah orang yang menyaksikan di antara kalian menyampaikan kepada orang yang tidak hadir dari kalian.” (0193) Sahih Ibnu Majah
Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah
Renungilah pesanan terakhir Rasulullah saw dan merupakan ayat Al-Quran yang terakhir diturunkan. Selepas turun ayat ini Rasulullah saw hidup selama sembilan malam, kemudian pada malam Isnin Rabi’ul Awal wafatlah Rasulullah saw.
Ayat itu adalah;
Surah Al-Baqarah [2] : 281
Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).

[[ Paparan terbaik adalah jika anda menggunakan Google Chrome ]]

***************

Perintah Al-Quran agar berhukum dengan As-Sunnah

Di dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang memerintahkan kita untuk berhukum dengan As-Sunnah, diantaranya:

1. Firman Allah :
Dan tidaklah patut bagi laki-laki mahupun perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, sungguh, dia telah nyata-nyata sesat.” (Q.S. Al Ahzab: 36)

2. Firman Allah :
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Hujuraat:1)

3. Firman Allah :
Katakanlah, ‘Taatilah Allah dan Rasul-Nya! Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Q.S. Ali Imran: 32)

4. Firman Allah :
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; janganlah kamu berbantah-bantahan, kerana akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Q.S. Al Anfal: 46)

5. Firman Allah :
Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang ia kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan.” (Q.S. An Nisa’: 13-14)

***************

As-Sunnah Terjaga Sampai Hari Kiamat

Diantara pengetahuan yang sangat penting, namun banyak orang melalaikannya, yaitu bahwa As-Sunnah termasuk dalam kata ‘Adz-Dzikr’yang termaktub dalam firman Allah Al-Qur`an surat al-Hijr ayat 9, yang terjaga dari kepunahan dan ketercampuran dengan selainnya, sehingga dapat dibezakan mana yang benar-benar As-Sunnah dan mana yang bukan.

Dalil-dalil yang Menunjukkan Terpeliharanya As-Sunnah:

Pertama : Firman Allah:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikr, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Q.S. Al-Hijr:9)


Adz-Dzikr dalam ayat ini mencakup Al-Qur’an dan bila diteliti dengan cermat, mencakup pula As-Sunnah.

[[ BACA SETERUSNYA ]]

***************

Kalimah Tauhid

Apabila disebut LA ILAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH ….maka bacaan sebenarnya ialah dengan “ MUHAMMADUR “ . ( berbaris depan pada huruf dal di dalam ejaan asal ~ Arab ) . Kalimah ( perkataan / ayat ) ini dikenali sebagai " Kalimah Tauhid " .( Perkataan yang menjadikan kita meyakini bahawa Allah Ta'ala itu Maha Tunggal sahaja )

Apabila bacaan itu dimulakan dengan “ ASYHADU AL LA ILAHA ILLALLAHU , WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH “ …dibaca dengan “ MUHAMMADAR “ ( berbaris atas pada huruf dal di dalam ejaan asal di dalam Bahasa Arab ) . Perkataan ini pula ( yang dimulai dengan "Asyhadu " ) dikenali sebagai " Kalimah Syahadah " ( Perkataan yang memperakui / mengiktiraf keesaan Allah Ta'ala ).

[[ BACA SETERUSNYA ]]
***************

Kitab-Kitab Hadis

Hadis-hadis Nabi saw yang terdiri daripada tutur kata, perbuatan, pengiktirafan (taqrir) dan sifat baginda Rasulullah saw telah pun dikumpul di zaman lalu. Para ulama zaman silam sudah pun membukukan dengan menggunakan kaedah-kaedah penyaringan yang telah disepakati para ulama’. Cara pengumpulannya melalui beberapa cara, antaranya;

1. Masanid

Ia adalah kata jamak dari perkataan musnad iaitu, kitab yang mengandungi hadis-hadis Nabi saw berdasarkan riwayat seseorang sahabat yang meriwayatkannya. Bagaimanapun tidak diambil kira samada hadis tersebut berstatus sahih atau daif.

[[ BACA SETERUSNYA ]]

Selasa, 26 Februari 2013

ISLAM ITU INDAH
SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM ITU MUDAH DAN SEDERHANA.






PENYAKIT MENIMPA KE ATAS PEREMPUAN TIDAK BERTUDUNG


Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)
Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.
Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: “Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32)